Sifat-sifat utama Kalsium

Kalsium adalah unsur yang agak lembut, kelabu dan kelogaman yang boleh disari melalui elektrolisis kalsium fluorida. Ia terbakar dengan nyalaan kuning-kemerahan dan membentuk salutan nitrida putih apabila ia terdedah kepada udara. Ia bertindak balas dengan air, menyesarkan hidrogen dan membentuk kalsium hidroksida.

Kalsium adalah penting untuk pengecutan otot, pengaktifan oosit, pembentukan tulang dan gigi yang kuat, pembekuan darah, penghantaran impuls saraf, pengawalaturan degupan jantung serta keseimbangan bendalir dalam sel. Sebanyak 50% hingga 75% populasi orang dewasa Amerika Syarikat dikaji tidak memperoleh kalsium yang mencukupi dalam diet mereka.[1] Orang dewasa memerlukan antara 1,000 hingga 1,300 mg kalsium dalam diet seharian mereka.[1]

Isotop paling berlimpah, 40Ca, mempunyai nukleus20 proton dan 20 neutron. Tatarajah elektronnya adalah: 2 elektron pada petala K (nombor kuantum utama 1), 8 pada petala L (nombor kuantum utama 2), 8 pada petala M (nombor kuantum utama 3), dan 2 pada petala N (nombor kuantum utama 4). Petala terluar adalah petala valens, dengan 2 elektron pada orbital 4s tunggal, manakala orbital 3p kosong.

Rujukan

WikiPedia: Kalsium http://www.webelements.com/webelements/elements/te... http://catalogo.bne.es/uhtbin/authoritybrowse.cgi?... http://ods.od.nih.gov/factsheets/calcium.asp http://www.nal.usda.gov/fnic/foodcomp/Data/SR17/wt... http://en.wikipedia.org/wiki/Chemical_elements_dat... https://catalogue.bnf.fr/ark:/12148/cb11976285h https://data.bnf.fr/ark:/12148/cb11976285h https://id.loc.gov/authorities/subjects/sh85018768 https://d-nb.info/gnd/4069806-3 https://id.ndl.go.jp/auth/ndlna/00565069